Langkau ke kandungan

Soalan lazim

Bagaimana saya mula?

Tekan Daftar percuma, isi nama, e-mel dan nombor telefon. Akaun anda aktif serta-merta dan anda boleh terus menonton video percuma.

Apakah kaedah bayaran yang diterima?

Perbankan dalam talian FPX, kad kredit atau debit, e-dompet dan pindahan bank. Pilihan yang tersedia dipaparkan semasa membuat bayaran.

Apa yang berlaku apabila langganan tamat?

Kami akan menghantar peringatan sebelum tarikh tamat. Jika tidak diperbaharui, akaun anda kembali ke pelan Free dan rekod kemajuan anda kekal tersimpan.

Bolehkah saya naik taraf dari Basic ke Premium?

Boleh. Baki nilai langganan Basic anda ditolak secara automatik daripada harga Premium.

Saya pernah mendaftar di laman lama. Perlu daftar semula?

Tidak perlu. Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan yang sama. Jika terlupa, tekan Lupa kata laluan.

Boleh tonton di telefon?

Boleh. Laman ini dibina untuk telefon, tablet dan komputer. Anda hanya perlukan sambungan internet.