APA ITU AKADEMI REZEKI?
Akademi Rezeki, sebuah platform pembelajaran atas talian yang komprehensif di bawah naungan Bengkel Rezeki. Platform ini telah dibangunkan oleh Ezrich Group Sdn. Bhd. dengan kerjasama Ustaz Hj. Shahrin Abdul Rahman, bertujuan untuk memudahkan akses kepada koleksi ilmu kerezekian dan kerohanian yang telah membantu ribuan peserta sejak tahun 2017.
Sebagai sebuah Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), Akademi Rezeki menghimpunkan koleksi lengkap ceramah dan amalan yang pernah disampaikan oleh Ustaz Hj. Shahrin Abdul Rahman. Kandungan ini merangkumi ilmu-ilmu praktikal yang berlandaskan ajaran Islam, membolehkan peserta mempelajari dan mengamalkan ilmu dengan lebih sistematik dan teratur.
Kelebihan Akademi Rezeki
“Akademi Rezeki ialah platform ilmu kerezekian yang dirangka khusus untuk membantu anda meraih keberkatan, ketenangan jiwa, dan kejayaan hidup. Dengan bimbingan Ustaz Shahrin Abd. Rahman, anda akan mempelajari amalan, zikir, dan panduan praktikal berdasarkan Al-Quran dan sunnah yang terbukti membuka pintu-pintu rezeki. Akademi Rezeki menawarkan pelbagai sumber pembelajaran secara terus melalui video online dalam Platform Akademi Rezeki yang mudah difahami dan sesuai diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Ia bukan sekadar ilmu teori, tetapi satu solusi kehidupan yang mampu mengimbangkan keperluan duniawi dan ukhrawi. Sertai Akademi Rezeki hari ini dan jadikan ia pelaburan terbaik untuk masa depan anda, dunia dan akhirat!”

Pilih ruang ilmu anda.
Tiga pilihan pembelajaran dalam satu akaun. Klik pilihan anda untuk melihat penerangan, koleksi dan cara mendapatkan akses.



